Muzium Samudera adalah sebuah replika kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990. Ia mempamerkan sejarah dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.